JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Gotong Royong Perdana 2017

Published on Saturday, 14 January 2017 Written by Yat

Pada 14 Januari, Maktab Sabah mengadakan Gotong Royong Perdana bersama warga Maktab Sabah serta ibu bapa pelajar.

 

Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dalam masa yang sama membina nilai kerjasama antara  warga Maktab Sabah.

Terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meminjamkan masa dan tenaga mereka untuk membantu dalam menjayakan program gotong royong di seluruh kawasan sekolah. Program ini bukan sahaja dapat mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan cantik tetapi ia juga akan menjadi kawasan yang kondusif untuk perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga program seperti ini akan berterusan demi melahirkan kawasan sekolah yang bersih dan pelajar yang cemerlang. Usaha ibu bapa yang telah hadir pada hari tersebut amatlah di hargai.