JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

‘Meraikan pelancaran 60 tahun Jubli Intan Maktab Sabah.’

Published on Sunday, 15 January 2017 Written by Administrator

Tajuk:
Sempena meraikan ulang tahun ke-60 tahun Maktab Sabah, satu sambutan Jubli Intan akan diadakan sepanjang tahun 2017 ini bermula pada hari Ahad , 15 Januari 2017. Acara yang bertemakan "Build On Our Legacy" membawa maksud menjadikan Maktab Sabah sebagai sebuah sekolah cemerlang dari aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang gemilang.

Sambutan pelancaran Jubli Intan ini akan diadakan selama dua hari ini akan mengumpulkan semula semua bekas pelajar dari tahun 1957 sehingga sekarang sekali gus akan membangkitkan semula semangat collegian.

Pada 15 Januari 2017 bersamaan hari Ahad, Perhimpunan Mega Sabah Collegian , Bazaar Mini serta Pelancaran COLLEGIANS SQUARE bersama YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman bermula jam 7.00 pagi hingga 3.00 ptg akan diadakan.

Manakala Pada 16 Januari 2017, tarikh sebenar ulang tahun Maktab Sabah satu majlis makan malam bersama bekas pelajar yang terdiri daripada orang-orang ternama yang akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Haji Mahiruddin, TYT Sabah.

Disamping itu , terdapat pelbagai aktiviti sepanjang tahun bagi meraikan Perayaan Jubli Intan 60 Tahun tersebut.