JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Pelancaran Jubli Intan dan Perasmian Collegian Square 2017

Published on Monday, 16 January 2017 Written by Administrator

Pelancaran Perayaan Jubli Intan Maktab Sabah dengan rasminya telah pun dilaksanakan pada tanggal 15 Januari 2017. Acara pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah bagi mewakili Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Sebagai simbolik pelancaran, Majlis Perasmian Dataran Collegian Square telah dilaksanakan pada acara tersebut.

Majlis pelancaran berjalan lancar dan disambut meriah dengan kehadiran pihak OSCA yakni alumni pelajar Maktab Sabah , Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang diketuai oleh Yang Berbahagia, Datuk Dr Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah , Persatuan Ibubapa Guru serta pelajar-pelajar Maktab Sabah. Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad dan Pengetua Cemerlang Maktab Sabah, Datin Nuinda Alias.  

Maktab Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1957, telah melahirkan ramai pemimpin negeri dan Persekutuan termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Datuk Yahya Hussin dan Masidi sendiri

 

YAB Datuk Masidi Manjun bergambar kenangan bersama para OSCA dan PIBG Maktab Sabah

 

Ketika melancarkan Perayaan Jubli Intan Maktab Sabah hari ini, YAB Datuk Masidi Manjun menyatakan Kerajaan bercadang mewartakan Dewan Turnbull Maktab Sabah , sebagai tapak bersejarah. Pemilikan bangunan itu kekal kepada pihak sekolah dan kita juga akan memastikan struktur bangunan kekal seperti asal ketika dalam proses pembaikan. "Kita membuat cadangan ini kerana berasakan Dewan Turnbull adalah tapak bersejarah yang perlu dipulihara kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Dalam majlis yang sama juga, YAB Datuk Masidi Manjun dibawa melawat tapak bersejarah Maktab Sabah iaitu Dewan Turbull.         Sumber : http://www.bharian.com.my/node/234791

Datuk Dr Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim selaku Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bergambar kenangan bersama guru-guru Maktab Sabah.