JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Laporan Kejohanan Merentas Desa 2017

Published on Monday, 13 February 2017 Written by Kad

Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2017 peringkat Maktab Sabah telah diadakan pada 11 Februari yang lepas. Pada hari Sabtu bermula jam 7 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di perkarangan Maktab Sabah.

 

Pelajar mula berkumpul di dalam dewan perdana pada jam 7 pagi bagi sedikit taklimat keselamatan daripada guru pendidikan jasmani sebelum mereka keluar dari dewan ke perkarangan Maktab Sabah mengikut kategori masing-masing bagi sedikit senaman sebelum memulakan perlarian merentas desa tepat pada jam 8 pagi.

Pelajar mula berlari mengikut laluan bagi kategori lelaki dan perempuan. Pada jam 10 pagi semua pelajar telah sampai ke garisan penamat dengan selamat tanpa sebarang kejadian serius berlaku. Pelajar diberi rehat untuk sarapan pagi dengan makanan dan minuman yang sudah disediakan oleh pihak AJK rumah sukan masing-masing di Anjung Nuinda.

Seterusnya aktiviti diteruskan sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun-tahun yang sebelumnya. Pelajar-pelajar semuanya berkumpul bagi menyambut tetamu jemputan pada hari itu, Encik Nelson Anggan mantan bekas pelajar Maktab Sabah pada tahun 1992 hingga 1996 yang kini ialah seorang peguam. Majlis diteruskan dengan sedikit ucapan daripada pengetua dan tetamu jemputan sendiri. Dengan habisnya sedikit perkongsian daripada Encik Nelson, majlis diteruskan dengan perasmian majlis penutupan Kejohanan Merentas Desa 2017 dan juga perasmian Turnbull Run bagi Jubli Intan Maktab Sabah bersama perasmi diiringi pengetua dan guru-guru pengiring.

Akhir sekali, tibalah masanya untuk majlis penyampaian pingat bagi pemenang-pemenang mengikut kategori masing-masing. Kategori yang pertama ialah kategori OSCA PIBG & Pra-Universiti lelaki dan perempuan. Diteruskan dengan kategori pelajar lelaki dan perempuan kategori A, B dan C.

Majlis diakhiri dengan mengumumkan rumah sukan yang mempunyai markah yang tertinggi dan menyanyikan lagu Maktab Sabah sebelum pulang.

Semoga tahun yang seterusnya akan menjalankan aktiviti merentas desa dengan jayanya.