JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Maktab Sabah menjuarai tempat ketiga dalam pertandingan Drama Komsas peringkat daerah

Published on Friday, 21 April 2017 Written by Kad

Pada 8 April 2017, Sabtu. Maktab Sabah telah menghantar wakil seramai 20 orang untuk bertanding Drama Komsas peringkat daerah bertempat di SMK Likas dengan iringan Puan Juliah Matnoor. Dengan berkat usaha gigih ahli-ahli terlibat, mereka mengambil tempat ketiga dengan memainkan drama komsas tingkatan 5 ‘Bukan Gila’ karya Shaarif Shaary.

(wakil pengarah drama komsas menerima hadiah daripada Encik Adli diiringi oleh pengetua SMK Likas selaku tuan rumah)

 

Pengarah, pelakon-pelakon dan krew yang terdiri daripada Dayang Far’ain Farhanah Bte. Mohd. Tassan (5A) selaku pengarah dan urusetia, Siti Khadijah Bt. Kiram @ Kiraman (5A) selaku penulis skrip, urusetia dan suara latar, Qimmy Daniella Bt. Sabri (5A) selaku pengurus props bersama Amirah Wadhiah Bt. Abdul Wahid (5A) dan Nurhayati Bt. Rashid (5A) selaku jurulatih lakonan dan penasihat pasukan. Nur Aina Zafirah Bt. Dzulbaharain (5A) selaku pengurus pakaian pelakon-pelakon.

Barisan-barisan pelakon pula terdiri daripada Mohd. Aliff Hakimie Bin Sabarudin (5A) sebagai Azmir (watak utama), Nur Farahain Bt. Halim (5A) sebagai Ani, Abdul Aiman Badri Bin Nixon (5A) sebagai Bapa, Norazlina Bt. Abd. Majid (5MU) sebagai Ibu, Mohd. Danial Bin Azlan (5M) sebagai Pak Haji, Nursyahqilah Bt. Mohd. Hafiz (5MU) sebagai Arifah (pengarah drama ‘Sasau’) bersama Siti Aisyah Umairah Bt. Muhammad Yusof (5K) sebagai Pelakon I, Hanis Zulaikha Bt. Ismail (5MU) sebagai Pelakon II, Ainnur Najihah Bt. Che Man (5K) sebagai Pelakon III. Juga disertai dengan pelakon sampingan Farah Qhairana Bt. Azem (5A) sebagai Doktor bersama Muhd. Asyraf Bin Ibrahim (5A) dan Ahmad Imran Bin Dullah (5A) sebagai pembantu doktor. Dan akhir sekali Aalya Nadya Bt. Mohd. Yusof (5A) bersama Vishal Vikram Singh (5M) sebagai Orang Gila I dan II.

(Ahli-ahli pasukan drama komsas Maktab Sabah bertempat di SMK Likas)

Diharap drama tersebut memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat-bakat terpendam untuk menyerlahkan bakat masing-masing. Syabas dan tahniah kepada drama Maktab Sabah. Semoga kemenangan ini dapat dinaik taraf dan diwarisi oleh generasi Maktab Sabah yang akan datang.