JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Al-Quran Pencetus Ummah

Published on Sunday, 23 April 2017 Written by Yat

Pada 1 April 2017, Maktab Sabah telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tadarus Al-Quran peringkat daerah. Sebanyak 22 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Maktab Sabah juga tidak terkecuali untuk menghantar beberapa orang wakil.

(Ainnur dan Norhidayah bersama ustazah-ustazah yang telah membantu dalam pengurusan pertandingan dan melatih mereka)

Antara yang telah mewakili Maktab Sabah ialah Ainnur Najihah binti Che Man (tilawah al-quran) yang telah memenangi tempat ke-2,  Norhidayah binti Negdar (hafazan al-quran) juga memperolehi tempat ke-3, Mohd. Baihaqi bin Mohd. Kassim (hafazan al-quran) dan kumpulan ES-SOFWAH (nasyid). 

(Peserta Ainnur Najihah binti Che Man)

(Ainnur Najihah mendapat tempat ke-2 bagi tilawah al-quran)

(Norhidayah mendapat tempat ke-3 bagi hafazan al-quran)

(Kumpulan nasyid ES-SOFWAH)

Majlis ini dirasmikan oleh Dr. Hj. Mohd. Kassim ketua sektor bahagian agama dan telah berlangsung dengan lancar. Diharap kemenangan ini dapat menjadi contoh dan memberi dorongan kepada generasi Maktab Sabah yang akan datang untuk mengharumkan dan menaikkan nama sekolah. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Ainnur Najihah dan Norhidayah yang telah merebut tempat ke-2 dan ke-3 serta Mohd. Baihaqi dan ahli-ahli kumpulan ES-SOFWAH.

"القرءان pencetus ummah"