JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Bulan Ramadhan di Maktab Sabah

Published on Saturday, 17 June 2017 Written by Kad

Setelah 2 minggu bercuti bagi cuti pertengahan tahun. Pelajar-pelajar kini kembali ke sekolah semula pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan pada bulan ini yang dirancang oleh panatia pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustazah Mazlin.

 

Aktiviti tersebut termasuklah bacaan Al-Mathurat pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Pada hari Rabu pula, dengan keadaan kokurikulum tidak dapat dijalankan, guru-guru dan pelajar-pelajar mengisi masa tersebut dengan berkumpul di dewan bagi aktiviti Tadarus Al-Quran secara berjemaah yang diketuai oleh Ustaz Fazli, ketua bidang kemanusiaan Maktab Sabah. Pada hari Jumaat pula, bacaan Yasin diadakan pada awal pagi seperti hari biasa.

Aktiviti ini dijalankan semasa persekolahan pada bulan Ramadhan sehingga cuti Raya Aidilfitri bermula pada 23 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017 dan persekolahan kembali seperti biasa pada 3 Jun 2017.