JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Majlis Graduasi Tingkatan 5, 2017

Published on Wednesday, 06 September 2017 Written by Administrator

Majlis Graduasi merupakan satu majlis yang diadakan oleh Maktab Sabah secara gilang-gemilang untuk menyuntik semangat para pelajar dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dan juga prestasi sekolah. Majlis ini dirancang untuk memperolehi peningkatan akademik pelajar khasnya dalam peperiksaan SPM akan datang. Selain itu, majlis ini juga diadakan sebagai tanda pengiktirafan kepada pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan.

Majlis Graduasi ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Sasaran : seramai 221 orang pelajar Tingkatan 5 yang terlibatTarikh : 15 September 2017 (Jumaat)Masa : 7.00 - 11.45 PagiTempat : Dewan Perdana Maktab Sabah

Majlis ini akan dirasmikan oleh, Datin Maizatul Akmam Datuk Hj Alawi, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan Sabah, Kementerian Kewangan, Kota Kinabalu, Sabah.