JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Aidilfitri 2017 Maktab Sabah

Published on Saturday, 16 September 2017 Written by Kad

Pada 14 Julai 2017 bersamaan dengan 20 Syawal 1438, Maktab Sabah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga sekolah. Sambutan ini diraikan bersama dengan kedatangan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman bagi meriahkan lagi sambutan ini bersama pelajar-pelajar dan guru-guru.

(Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman bersalaman mesra bersama pelajar)

 

Pada hari tersebut, pelajar-pelajar telah menyediakan juada-juadah mengikut kelas dan tempat masing-masing. Mereka juga menghias tempat mereka mengikut kreativiti masing-masing. Demi merapatkan lagi silaturrahim sesama pelajar yang berbeza kelas, guru-guru yang bertugas telah menempatkan pelajar-pelajar di Dewan Perdana dan juga Anjung Nuinda dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sambutan ini juga disertai dengan kehadiran pelajar-pelajar tingkatan 6 meriahkan lagi hari tersebut.

 

(Pengetua Cemerlang Maktab Sabah Datin Hajah Nuinda Haji Alias dan wakil PIBG Puan Suria Mohamad bersama pelajar-pelajar 5 Aman setelah selesai sambutan Aidilfitri 2017)

Salam Aidilfitri Maktab Sabah 2017