JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

60 Diamond Jubilee Run

Published on Saturday, 16 September 2017 Written by Kad

Pada 10 September 2017, Ahad, Maktab Sabah telah mengadakan larian terbuka sejauh 9km sempena ulang tahun yang ke-60 Maktab Sabah. Larian ini disertai oleh pelbagai warga dari pelajar remaja sehingga ke warga emas seperti ibu bapa sebagai ahli PIBG yang turut serta larian ini. Seramai 800 ke 1000 bilangan yang menyertai larian terbuka ini.

(Dari kiri, wakil PIBG Abdul Razak bin Kassim, Pengetua Cemerlang Datin Hajah Nuinda Haji Alias, YDP PIBG Dato Fatimah Shara Haji Ahmad Noor , Penolong Kanan Pentadbiran sekolah Puan Samsiah Al Malek)

 

Pada hari tersebut, tepat jam 6 pagi mereka mulakan senaman ringan dengan aktiviti zumba bagi memanaskan badan sebelum larian dimulakan. Selesai tarian zumba, jam 6.30 pagi larian dimulakan dan selesai pada jam 9 pagi. Setelah semua sudah sampai ke perkarangan sekolah, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah di mulakan dengan peserta juga membawa pulang pingat '60 Diamond Jubilee Run'. Aktiviti ini selesai pada lingkungan jam 11 pagi.

(Pelajar tingkatan 5 Mutiara yang terlibat setelah selesai larian)

(Atlet-atlet Maktab Sabah)

(Pingat 60 Diamond Jubilee Run)

 

Tahniah kepada yang berjaya menamatkan larian ini sehingga ke garisan penamat!