Written by aleiya - 2m

Kami Guru-Guru dan Staf Maktab Sabah Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk ;

1. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mempastikan keselamatan pelajar-pelajar di kawasan sekolah terjamin.

3. Menyedia dan mempertingkatkan kualiti kemudahan sekolah untuk kecemerlangan pelajar.

4. Mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar ketahap maksimum.

5. Mempertingkat fasiliti dan penguasaan teknologi makumat di kalangan pelajar.

6. Mendidik, melatih dan memperkasa pelajar supaya berdikari serta memiliki jati diri dan sifat kepimpinan yang unggul.

7. Menyediakan maklumat sekolah yang kemaskini untuk perhatian Jabatan Pendidikan Sabah.

8. Memaklumkan prestasi pelajar kepada ibu bapa dari semasa ke semasa.

9. Melayan ibu bapa atau penjaga dengan mesra dan prihatin.

10. Mempertingkatkan budaya ilmu dalam diri pelajar.